Sunday, November 23, 2008

Meeting JTFC

Jalan Timur - Hari ini jam 9.45 am bertempat di Aras 4, Wisma TNB Jalan Timur telah diadakan Mesyuarat JTFC yang membincangkan hala tuju JTFC selepas ini. Mesyuarat yang dihadiri oleh Lembaga Pengarah JTFC telah menggariskan beberapa perubahan antaranya menambah dan menggugurkan pemain sedia ada , melantik Bro Bahar mengawasi semua peralatan seperti Bola,pump, Jersi dan harta-harta JTFC. Cadangan mengujudkan satu stor khas bagi menempatkan peralatan tersebut. Mesyuarat juga bersetuju untuk mengadakan perlawanan luar bersama TNB Kuantan , cadangan tarikh 20- 21 December 2008. Kepada pemain yang berkelapangan sila maklum kepada Bro Bahar segera. Selain dari itu JTFC bercadang untuk menukar jersi sedia ada.


Semoga JTFC akan lebih cemerlang selepas ini.