Friday, December 26, 2008

Kenangan di Kuantan

Petaling Jaya, 22 Dis - Misi Jalan Timur Footbal Club (JTFC) dalam mengeratkan silaturrahim dengan pemain bolasepak TNBD Kuantan boleh dibanggakan apabila Lawatan dan Perlawanan Persahabatan JTFC ke Kuantan berjaya.

Semua pemain terlibat dan beberapa ahli keluarga telah mula berkumpul seawal jam 8.00 pagi di Wisma TNB Jalan Timur. Konvoi yang disertai oleh 6 buah kereta itu mula bertolak jam 8.30 pagi sebelum singgah untuk bersarapan di Hentian Rehat Genting Sempah, Pahang.Setelah tiba di Kuantan pada jam 3 petang, pemain dan ahli keluarga memilih Hotel Mega View, Kuantan sebagai tempat penginapan memandangkan lokasinya yang terletak di tengah Bandar Kuantan dan bersebelahan dengan Sungai Kuantan.

Perlawanan bolasepak dengan KILAT/TNBD Kuantan bermula pada hari 21 Disember 2008 (Ahad) jam 8.45 pagi.

Strategi JTFC menjadi apabila Satari menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-15 hasil hantaran leret oleh Ezri. Pasukan lawan tidak menunggu lama untuk gol pertama mereka apabila penyerang KILAT Kuantan berjaya melepasi pertahanan JTFC dan melepaskan rembatan deras ke arah pintu gol yang terbuka luas.

JTFC membalas gol dengan mengkucar-kacirkan pertahanan KILAT Kuantan hasil rembatan Ayen pada minit-minit akhir babak pertama.

Permulaan babak kedua memperlihatkan kecederaan Boy (penjaga gol JTFC) digunakan sepenuhnya oleh KILAT Kuantan dengan menjaringkan gol kedua mereka.

Satari sekali lagi menghukum kealpaan pertahanan KILAT Kuantan apabila menjaringkan gol ke3 JTFC setelah menewaskan penjaga gol KILAT Kuantan pada minit ke-65.

Gol ketiga KILAT Kuantan dijaringkan pada minit ke-70 menerusi hantaran silang dan ditanduk dengan kemas oleh penyerang KILAT Kuantan.

JTFC hampir menewaskan KILAT Kuantan tetapi gol Saiful tidak dikira kerana offside. Kedudukan 3-3 kekal sehingga tamat perlawanan.

JTFC menurunkan first eleven iaitu: Boy, Tami Rafael, Izwan, Shamsul, Nik, Ezri, AJ, Abg Shahril, Hanafiah, Satari dan Ayen. Simpanan Bahar, Saiful dan Amir.

- Faizalmy

Tuesday, December 16, 2008

JTFC VS SYABAS

Bangsar 16 Dec - JTFC berjaya menewaskan Syabac FC pada perlawanan persahabatan dimana keputusan JTFC 3 manakala Syabas FC 1. JTFC telah membuka gol jaringan melalui larian solo oleh Nik yang bermain diposisi penyerang merembat kencang hingga menggegarkan gawang gol lawan. Namun keceriaan JTFC tidak bertahan lama apabila pasukan lawan berjaya menyamakan kedudukan , keputusan kekal seri sehingga separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua pengurus taktikal JTFC Azuan telah menyusun semula barisan JTFC kali ini meletakkan Ayen sebagai penyerang berganding bersama Nik. Akhirnya usaha telah membuahkan hasil apabila Edzri pemain sayap kiri JTFC berjaya menyumbat gol kedua. Ternyata pasukan lawan nampak keletihan disaat-saat akhir. Kemasukan Faidz sebagai super sub berjaya mengkucar-kacirkan barisan pertahan pasukan lawan.

Disaat-saat wisel penamat hendak ditiup Piah berjaya menyumbat gol ketiga JTFC yang seterusnya meletakkan JTFC jauh dihadapan . Turut sama hadir menyaksikan perlawanan En Idris Mohd, Pengurus Pasukan JTFC.Tahniah kepada semua player.

Barisan player yang turun Mus, Shamsul, Syawal, Salleh, Adik salleh ( Import) , Ayen, Edzri, Bahar, Piah, Saiful, Faidz dan Mathew.

Sunday, December 14, 2008

JTFC tempat ke-4

Bangsar , 13 Nov – Bertempat di padang Kelab Kilat Bangsar, JTFC telah melakar sejarah pertama apabila berjaya menduduki tempat keempat didalam Kejohanan Liga Bola Sepak 9 sebelah anjuran Kelab Kilat TNB Kuala Lumpur. Ini merupakan kejohanan yang pertama diadakan.Sebanyak 16 pasukan dari sekitar Lembah Klang telah menyertai kejohanan tersebut. Pasukan telah dibahagi kepada 4 kumpulan. JTFC berada didalam kumpulan C bersama Telekontrol, PBB KL dan Setiausaha Syarikat.

Pada peringkat kumpulan, JTFC telah menentang pasukan Telekontrol yang berkesudahan JTFC 1 manakala Telekontrol 0.Perlawanan seterusnya JTFC menentang PPB KL yang berkesudahan JTFC 1, PBB KL 0. Dengan kemenangan ini JTFC telah pun berjaya melayakkan diri keperingkat seterusnya. Dalam melengkapkan perlawanan diperingkat kumpulan JTFC telah menentang pasukan Setiausaha Syarikat dimana JTFC tewas dengan 0 – 2 .

Diperingkat suku akhir JTFC menentang naib juara kumpulan B iaitu Tenaga Cable dimana perlawanan terikat dengan seri 0 – 0 dan kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti yang berpihak kepada JTFC menang 5-4 . Penjaga gol JTFC, Boy telah menjadi hero apabila berjaya menampan satu sepakan penalti . Di peringkat Separuh akhir pula JTFC telah menentang TNB Rawang yang menyaksikan JTFC tewas 2-1 seterusnya melenyapkan harapan untuk mara keperingkat akhir. Penentuan tempat ketiga dan empat hanya ditentukan melalui sepakan penalti dimana sekali lagi menyaksikan JTFC tewas kepada PBN Selangor dengan 2-3.

Dengan kemenangan ditempat keempat, membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM 200 pujian harus diberikan kepada semua pemain termasuk master mind Azuan yang mengatur pemain dan menyusun taktikal JTFC.

TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada semua pemain yang telah menunjukan semangat juang yang tinggi dan juga kepada mereka yang turut hadir memberi sokongan kepada pasukan JTFC semoga JTFC akan terus berjaya dimasa hadapan.Sekian