Tuesday, December 22, 2009

JTFC MENANG BERGAYA

MATT MAHU TEBUS KEKECEWAAN

Kepong– “Kasut saya koyak, jika tidak saya akan berada dalam kebelasan utama sepenuh masa” itulah ungkapan yang dinyatakan oleh Matt apabila melahirkan rasa kecewa beliau selepas dikeluarkan akibat daripada kasut beliau yang koyak.

Menurutnya lagi, beliau telah membeli kasut baru menjelang perlawanan malam ini menentang Selayang FC di Padang Layang-Layang, kepong yang bermula pada jam 8.45 malam selepas perlawanan antara Malaysia dan Vietnam di Loas.

Pada perlawanan lalu, tanpa Matt, pihak lawan berjaya menembusi bahagian tengah dengan mudah dengan. Menurut Matt, pemain yang mengantikan beliau tidak seharusnya leka dan perlu memberi komitment 130% (SEE/RM) serta sentiasa berkomunikasi dengan pemain lain. -- By Saipul

PENYERANG JTFC SEDIA MEROBEK GAWANG

Kepong - Pertembungan antara pasukan Jalan Timur FC dengan Selayang FC yang akan berlangsung pada malam ini di Padang Layang-layang, kepong bakal menyaksikan ketajaman dua penyerang berbisa mereka iaitu Nik dan Satari yang bertekad untuk merobek gawang pihak lawan.

Menurut Nik, beliau akan berusaha untuk menjaringkan gol pada malam ini bagi mengkukuhkan lagi kedudukan beliau dalam kebelasan utama pasukan JTFC selepas pasukan ini telah mendapatkan khidmat pemain baru pada sesi pemilihan baru-baru ini.

“Kawe akan cube untuk dapatkan gol malam ni sebab kawe rasa tergugat loni (sekarang) dengan kehadiran penyerang baru pasukan JTFC” – kata Nik.

Pada masa yang sama, Satari juga akan cuba untuk memberikan persembahan yang terbaik pada malam ini setelah gagal menjaringkan gol dalam beberapa siri perlawanan sebelum ini. Satari kini berstatus pemain pinjaman menyatakan beliau masih berminat untuk bermain dengan JTFC walaupun sudah tidak bertugas di Jalan Timur.

Menurut penolong pengurus JTFC, Khairul Azuan menyata satari telah menagis-nagis, merayu-rayu memohon untuk terus bermain dengan JTFC..

“Kini Satari boleh bermain untuk JTFC tapi bergantung kepada prestasi beliau dan juga keputusan daripada pihak pengurusan JTFC.” kata Khairul Azuan. --By Saiful

Thursday, December 3, 2009

Pemilihan Baru JTFC

Bangsar - 24 Okt 2009 telah diadakan sessi pemilihan pemain baru bagi pasukan JalanTimur FC ini adalah kerana terdapat kekosongan disebabkan ada pemain yang telah bertukar, ada yang injured dan tidak lagi dapat bermain. Selepas seminggu di iklan kan seramai 18 orang pemain berminat mencuba nasib.

Dalam sessi pemilihan tersebut pemain baru telah menentang pasukan JTFC dan keputusan perlawanan menyaksikan pasukan JTFC tewas 2 -1 kepada pemain baru. Pemilihan telah dibuat sendiri oleh Tuan Pengurus dan Tuan Taktikal.
Antara pemain JTFC yang turun


Calon pemain JTFC

Monday, November 9, 2009

JTFC VS INTAN

4 Nov, INTAN - Hari ini menyaksikan buat kali ke-3 JTFC tersungkur di tangan INTAN. Perlawanan yang bermula agak lewat kerana cuaca hujan menyaksikan hanya 12 pemain yang hadir. Harapan diberikan kepada penjaga gol JTFC Muskieza kerana 2 perlawanan sebelum ini punca tewas disebabkan ketiadaan penjaga gol.

Kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari. Apa kan daya pihak lawan berjaya menembusi benteng pertahanan dan menyumbat masuk gol pertama pada minit ke-30. Pelbagai taktik di susun namun barisan hadapan yang digalas oleh Saiful tidak mampu menggegarkan gawang INTAN. Malah gawang JTFC yang bergegar buat kali kedua apabila bola rembatan kencang penyerang INTAN tertampan ke badan Edzri manjadikan kedudukan 2-0.

Perlawanan kekal sehingga pengadil meniupkan wisel penamat. Diharapkan dengan pemilihan pemain baru yang bakal diadakan mampu memberi sinar baru dan mampu mengembalikan kegemilangan JTFC yang pada suatu ketika dahulu mengekalkan rekod tanpa kalah. . Barisan pemain Mus (Penjaga gol), Izwan, Syawal, Edzri, Salleh, Bahar, Matthew, Amir, Saiful, Nik, Aj, Shafiq.

Teruskan perjuangan yang belum selesai ini.

Tuesday, November 3, 2009

Pencarian Pemain Baru

JTFC - Memandangkan ada dikalangan pemain JTFC sedia ada bertukar dan cedera maka pihak pengurusan berpendapat untuk mengadakan pemilihan pemain baru bagi menggantikan pemain sedia ada. Satu sessi pemilihan akan diadakan sebelum itu kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai sessi pemilihan perlu mendaftar nama kepada person incharge, En Bahar.


Satu poster telah dinaikkan bagi tujuan tersebut.

Saturday, June 20, 2009

MATTHEW Wira baru JTFC

DAMANSARA, 4 Jun - Setelah 3 bulan tidak beraksi hari ini pasukan JTFC turun menentang pasukan INTAN FC. Bertandang ke tempat lawan JTFC nampak gah dengan jersi Click Networks Hitam Putih. Pada awal babak pertama JTFC ternyata berjaya mengawal perlawanan apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan hasil larian solo dari pemain Import dari Cina iaitu Matthew Lee Kim Tian yang buat kali pertama diturunkan sebagai Penyerang utama.Keputusan kekal sehingga akhir babak pertama.

Pada babak kedua JTFC mula nampak goyah apabila pasukan lawan yang ketinggalan mula menggasak kubu pertahanan JTFC peluang ini diambil apabila pemain-pemain JTFC mula hilang stamina. Gara-gara terlalu lama berehat. Tambahan pula hanya 11 orang pemain yang turun. Akhirnya pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan. Gol tersebut ternyata memberi semangat kepada pasukan INTAN apabila menambah asakan kepada kubu pertahanan JTFC. Semasa perlawanan berbaki 5 minit pasukan lawan berjaya menambah satu gol melalui rembatan kencang penyerangnya yang menewaskan penjaga gol JTFC. Perlawanan berakhir dengan keputusan JTFC tewas 1 - 2 kepada pasukan INTAN.

Barisan pemain JTFC : Shamsul, Sufi, Bahar, Syawal, Satari, Wan Remaco, Matthew, Salleh

Friday, March 13, 2009

JTFC mengamuk di UIA,Petaling Jaya

UIA, PJ 5 Mac - Buat julung-julung kalinya JTFC beraksi dibawah cahaya lampu limpah ( sportlight ) . Menentang pelajar Matrikulasi University Islam Antarabangsa ( UIA ) Cawangan Petaling Jaya. Perlawanan bermula pada jam 9 malam. Hampir kesemua pemain turun kecuali kedua-dua penjaga gol. Walau injured pujian harus diberikan kepada Satari, Matthew dan Abg Shahril yg turut sama memberi sokongan datang memberi sokongan. Perlawanan bermula agak mudah apabila pada minit ke 10 JTFC berjaya menjaringkan gol pendahuluan melaui rembatan kencang dari penyerang Megat. Pasukan lawan kemudian mengatur semula strategi kali ini menampakkan kubu pertahan lawan agak kental manakala barisan hadapan JTFC seperti hilang arah tujuan. Membawa perlawanan berkeputusan kekal 1-0 sehingga berakhir babak pertama.

Pada separuh masa kedua beberapa pertukaran dibuat oleh Pengurus Taktikal, Azuan. Kali ini pasukan lawan telah menurunkan barisan pemain yang baru. Dimana lebih mencabar berbanding pasukan di separuh masa pertama. Perlawanan menampakkan pasukan bertukar-tukar asakkan. Pelbagai percubaan dibuat oleh kedua-dua pasukan tetapi tidak menampakkan apa-apa perubahan. Pada minit ke 83 perlawanan pemain pertahanan kiri JTFC telah dilayangkan kad merah. JTFC bertambah tertekan apabila bermain 10 orang. Ketika perlawanan seakan ingin melabuhkan tirainya pasukan lawan berjaya menyumbat satu gol pada minit terakhir yang membawa keputusan seri 1-1.

Apa-apa pun pujian harus diberikan kepada semua pemain yang telah bertungkus lumus bermain bagi memastikan JTFC tidak tewas. Antara pemain yang beraksi pada malam tersebut Toldo ( keeper import) Izwan, Ayen, Salleh, Baha, Shawal, Piah,Faid,Wan,Megat, Ezrie, Aj, Amir, Nik tidak beraksi Achoy, Shahril, Satari, Mathew

Sunday, March 1, 2009

JTFC hampir AIB di Melaka


Bkt Serindit Melaka , 28 Feb - Buat julung-julung kalinya JTFC bertandang ke Melaka. Kali ini JTFC menentang pasukan dari TNB IT Melaka. Setelah pelbagai persiapan dibuat akhirnya sampai juga JTFC ke Melaka. Rombongan berkumpul di Pejabat TNB Jln Timur seawal jam 8:00 pagi. Seperti biasa rombongan bergerak menaiki kereta bersama konvoi beramai-ramai. Kali ini JTFC memilih untuk bermalam di Hotel Emperor Melaka ( itu je yang sesuai dengan budget ) . Tiba di Melaka jam 2 pm. Setelah berehat 3 jam...rombongan bergerak ke Padang. Kali ini tuan rumah telah sedia kan padang di Stadium Tun Fatimah di kawasan Rekreasi Bukit Serindit.

Jam 5:30 ptg perlawanan dimulakan. Kali ini JTFC turun dengan jersi baru tajaan daripada Click Networks. Tanpa kehadiran dua penjaga gol utama , JTFC bermula agak goyah sehingga barisan serangan pihak lawan dengan mudah menembusi benteng pertahanan JTFC. Pada awal minit ke 10 gawang JTFC telah di tembusi dengan mudah. Pasukan lawan mendahului dengan 1-0. Barisan hadapan pula bagai hilang punca apabila gagal menyudahkan peluang yang ada. Dalam pada usaha merapatkan jaringan , JTFC sekali lagi di kejutkan apabila pihak lawan berjaya menyumbat gol kedua menjadikan kedudukan 2-0. Salleh telah diberi kepercayaan untuk menjaga gawang JTFC. Keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.


Semasa rehat Tuan Shamsul banyak memberi teguran kepada semua pemain.Pada babak kedua Pengurus Taktikal Azuan mengubah beberapa kedudukan pemain. Babak kedua nampak lebih meyakinkan. Terbukti apabila pada minit ke 7 JTFC berjaya merapatkan jurang jaringan apabila berjaya menjaringkan gol hasil larian solo oleh Megat. Barisan serangan JTFC nampak lebih serasi apabila gol kedua berjaya di perolehi melalui rembatan kencang oleh Megat. Gol demi gol berjaya di miliki oleh pasukan JTFC. Perlawanan berkesudahan JTFC berjaya menewaskan TNB IT melaka dengan 5 gol berbalas 3. 4 Gol JTFC dijaringkan oleh Megat, 1 oleh Wan remaco.


TAHNIAH ! kepada semua players yang bertungkus lumus memastikan kemenangan JTFC. Antara pemain yang turun Salleh (penjaga gol), Izwan, Matthew, Syawal, Ayen, Nik, Satari, Megat, Aj, Shamsul, Wan Remaco, Faidz, Piah, Achoy dan Bahar.

Thursday, February 19, 2009

JTFC TEBUS MARUAH....

Bangsar,19 Feb - Kekalahan menentang bomba 5-1 ternyata telah menimbulkan rasa tidakpuas hati dikalangan pemain JTFC. Lanjutan dari itu pada hari ini perlawanan timbal balik telah diadakan. Kali ini JTFC lebih bersedia, lebih fokus dan lebih yakin akan berjaya menumbangkan si Celoreng Merah. Dengan jersi baru JTFC turun dengan garang. Pengurus Tactikal, Azuan seharian memikirkan taktik dan barisan yang akan digunakan bagi memastikan kemenangan milik JTFC.

Wisel permulaan dibunyikan oleh pengadil bertugas. Pada peringkat awal barisan pertahanan JTFC yang dipimpin oleh Muhizam tampak goyah, pelbagai kesilapan kecil dibuat sehingga pada minit ke 8 Shafiq telah menampan bola dan masuk kedalam gawang gol sendiri. Kesilapan demi kesilapan di lakukan. Sehingga Pengurus Tactikal terpaksa mengeluarkan Muhizam dan menggantikan dengan Midfield berbisa Wan remaco ( nama lain Wan Jambu ). Ternyata sengat Wan memang berbisa. 3 minit beliau beraksi beliau telah menghadiahkan satu gol untuk JTFC yang mengikat keputusan seri 1-1. Perlawanan diteruskan, namun barisan pertahanan JTFC masih lagi goyah apabila last man Syawal seolah hilang punca.

Ekoran dari itu pasukan lawan berjaya menyumbat satu lagi gol dan menjadikan kedudukan pihak lawan mendahului dengan 1 gol. Keputusan kekal sehingga separuh masa kedua. Pada babak kedua setelah pelbagai taktik digunakan akhirnya Pengurus Taktikal telah menemui rentak, pertukaran demi pertukaran dibuat sekali lagi Wan remaco berjaya menjaringkan gol penyaman yang menjadikan keputusan terikat semula 2-2. Kemasukan shafiq ( import la beb ) ternyata menambah bisa JTFC apabila membantu Wan remaco membuat hatrick yang menjadikan JTFC mendahului dengan 3-2.

Kemasukan Boy sebagai penyerang juga menambah perencah kejayaan apabila berjaya menanduk bola masuk ke gawang lawan yang menjadikan keputusan 4-2.Pasukan lawan ternyata nampak tertekan apabila cuba menggasak kubu pertahanan JTFC yang mula bermain diffensive. Namun gagal. Sementara wisel penamat hendak dibunyikan Shafiq berjaya membolosi pertahanan lawan dan meninggalkan kenangan apabila membuat jaringan menjadikan keputusan rasmi JTFC menang dengan 5 gol berbalas 2.

TAHNIAH kepada semua pemain yang terlibat. Antara barisan pemain yang turun Mus, Muhizam,Syawal, Salleh, Shafiq, Edzri, Beng, Quek, Megat, Nik, Amir ( Kesebelasan utama) Simpanan : Aj, Wan remaco,Izwan, Hanafiah, bahar,Achoy, Mathew,Shafiq(adik azuan) dan Boy.

Perlawanan akan datang JTFC akan membuat perlawanan luar menentang TNB IT Melaka pada 28hb Feb. Nantikan keputusannya.......Sekian

Wednesday, February 18, 2009

NAIB PRESIDEN TURUN PADANG

Bangsar 12 Feb - Walaupun sibuk dengan tugas harian, Ir. Hj, Azman Mohd, Naib Presiden (Pembahagian) sempat meluangkan masa bagi menyaksikan perlawanan persahabatan bolasepak antara Kelab Veteran Jalan Timur (JTVet FC) dan Kelab Bola Sepak Jalan Timur (JTFC) yang berlangsung jam 5.45 petang bertempat di Padang Kelab Kilat Kuala Lumpur. Pada perlawanan persabahatan tersebut, JTFC telah berjaya menewaskan JTVet FC dengan jaringan 6 – 1.

Walau pun dibarisi pemain-pemain lingkungan umur antara 35 hingga 45 tahun pasukan JTVet FC tetap menunjukan semangat juang yang tinggi. Semangat kesukanan sebeginilah yang patut dicontohi. Pada babak pertama perlawanan pasukan JTFC telah menurunkan barisan pemain simpanan yang bertindak sebagai pemain utama dan telah berjaya mendahului pasukan JTVet FC dengan 4 gol berbalas 1 . Pada babak kedua iaitu 15 minit terakhir JTFC telah menurunkan kesebelasan utamanya dan berjaya menambah 2 gol lagi menjadikan keputusan 6-1. Menurut jurucakap pasukan JTVet FC, ekoran kekalahan besar ini, mereka akan menyusun semula barisan dan akan diadakan perlawanan ulangan pada masa akan datang. Pasukan JTFC kini aktif mengadakan perlawanan-perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab dari luar TNB.

Sekalung TAHNIAH buat semua players yang turun.

JTFC cabar PKNS


Bangsar, 10 Feb - Setelah dibelasah Bomba pada perlawanan yang lepas kali ini JTFC menerima kekalahan kedua bagi tahun ini apabila tewas ditangan PKNS. Pasukan PKNS merupakan pasukan yang bukan calang-calang kerana bermain di persada Liga Malaysia. Kekalahan 1-0 ditangan PKNS bukan lah satu yang mengaibkan. Kekebalan kubu pertahanan pasukan JTFC harus diberi pujian apabila berjaya mematahkan serangan dari pihak lawan.
Gol PKNS dijaringkan pada 10 minit pertama perlawanan. Kelemahan JTFC dapat dibau oleh pasukan lawan apabila barisan pertahanan yang diturunkan bukan kesebelasan utama. Namun ia tidak boleh dijadikan alasan. JTFC turun dengan jersi baru.
Walau apa pun TAHNIAH sekali lagi buat pemain JTFC yang turun bermain terutama Penjaga gol Mus yang banyak menyelamatkan bola hasil cubaan pemain PKNS.

Saturday, January 24, 2009

JTFC DI BELASAH


Bangsar, 22 Jan - 'Wake up call' itu lah ungkapan yang sesuai buat pemain-pemain JTFC apabila dibelasah 5 - 1 oleh pasukan Bomba. Dengan kekalahan ini diharap pemain-pemain JTFC akan lebih bersedia dan tidak terlalu yakin (over confident) apabila berhadapan pihak lawan. Kekalahan JTFC sedikit sebanyak disebabkan ketiadaan kedua-dua penjaga gol iaitu Boy dan Mus. Namun pujian harus diberikan kepada penjaga gol gantian (bidan terjun) Nik yang berjaya menyelematkan beberapa cubaan bahaya dari pasukan lawan.

Dalam pada itu barisan hadapan JTFC tampak goyah apabila gagal menyudahkan beberapa peluang. Pada minit ke 23 Faidz yang hanya berhadapan dengan penjaga gol lawan gagal menolak masuk kegawang apabila bola terkena kaki penjaga gol. Pada minit ke 53 sekali lagi ayen berhadapan dengan penjaga gol juga gagal menyumbat masuk bola apabila tersasar jauh.
Kemasukan Wan remaco yang baru baik pulih dari demam hanya mampu membantu pasukan JTFC mendapatkan satu gol apabila Piah berjaya menembusi pertahanan lawan dengan larian solo dan seterusnya menolak mudah bola ke gawang lawan. Didalam JTFC berusaha merapatkan jurang gol pemain pemain pertahanan Tuan Shamsul terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kejang otot dan diganti dengan Izwan. Namun 'kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari'. Izwan yang diharapkan dapat membantu pasukan telah melakukan kesilapan dengan membuat tackel dari belakang sehingga beliau dihadiahkan kad merah. Pasukan lawan tidak mensia-sia kan kelebihan yang ada apabila berjaya menambah jaringan seterusnya melebarkan lagi jurang jaringan. Setelah wisel penamat ditiup pasukan JTFC tewas dengan 5 gol berbalas 1.Baik sedikit dari pasukan Malaysia

Barisan pemain ; Nik( penjaga gol ) , Shamsul, Syawal, Mathew, Syafiq, Salleh, Edzri, Megat, Faidz, Bahar, Ayen, Aj, Wan, Achoy, Amir dan Izwan (Kad Merah)

Tuesday, January 6, 2009

JTFC Vs Bank Rakyat

Bangsar 6 Jan - SELAMAT TAHUN BARU.....SELAMAT TAHUN BARU.....Selamat datang 2009 selamat tinggal 2008. Semoga segala apa yang berlaku sepanjang tahun 2008 akan menjadi kenangan. Kedatangan 2009 daharap akan memberi sinar baru terutama kepada pasukan JTFC.

JTFC membuka tirai 2009 dengan mengadakan perlawanan dengan pasukan Bank Rakyat. Menjadi hasrat pengurusan pada tahun ini JTFC lebih menumpukan perlawanan dengan pasukan luar ( bukan dikalangan TNB ) . Ia bertujuan mendedahkan pemain kepada corak permainan yang berbeza. Bank Rakyat bukan lah calang-calang pasukan yang pernah bermain didalam sesebuah liga. Namun hasil dari percaturan yang agak menjadi oleh Pengurus Taktikal, Azuan. JTFC berjaya menyekat Bank Rakyat dari memenangi perlawanan tersebut.

Bermula dengan agak garang pada minit ke 10 JTFC berjaya mendahului dengan 1 gol. Namun ternyata pihak lawan nampak tidak selesa kerana ketinggalan, Mereka menggandakan serangan pada minit ke-20 pasukan lawan berjaya menyamakan kedudukan apabila penjaga gol,Boy berjaya ditewaskan dengan mudah. Perlawanan kekal sehingga keseparuh masa pertama. Perlawanan bersambung kali ini sekali lagi Pengurus Taktikal, Azuan mengubah formasi. namun ternyata pasukan lawan nampak kebal. Bahagian hadapan JTFC nampak tidak menjadi pada perlawanan kali ini. Pasukan lawan terus mengasak kubu JTFC serangan demi serangan dibuat, ternyata bahagian pertahanan JTFC nampak kebal. Keputusan kekal seri 1-1 sehingga wisel penamat ditiup.

Sekalung pujian harus diberikan kepada semua pemain. Jumpa next game 20 hb.
Pemain : Boy ( golkeeper) Ayen, Syawal, Salleh, Mathew, Bahar, Saiful, Edzri, Aj, Satari, Nik, Faidz, Wan remaco, Shafiq dan Achoy (injured) .