Tuesday, December 14, 2010

Saturday, November 27, 2010

JTFC kini berpengurusan baru

Bangsar 23 Nov - Setelah lebih 4 tahun bersama barisan Jawatankuasa sedia ada pada hari ini JTFC telah melakar sejarah dengan mengadakan AGM yang pertama . Bertempat di Foyer Kelab Kilat , pasukan telah membuat undian memilih Jawatankuasa yang baru. Sebelum itu telah diadakan perlawanan persahabatan menetang pasukan Majlis Daerah Gombak dengan keputusan seri 0 - 0.

Semoga barisan Jawatankuasa yang baru dapat menerajui pasukan dengan hala tuju dan masa depan yang lebih baik. TAHNIAH ! kepada yang telah terpilih. Di Majlis tersebut juga di umumkan nama JTFC yang baru iaitu PJ TeN FC

Barisan PJ TeN FC yang baru

Carta Organisasi PJ TeN FC 2010/2011

Presiden : En. Fareez Prem Abdul Rahman
Timbalan Presiden : En. Nor Aizir Abd Aziz
Timbalan Presiden : En. Khairul Bahar b Talib
Setiausaha : En. Megat Zele Megat Kassim
Bendahari : En. Mohd Hanafiah Latif

Exco :

Publisiti : En. Mohd Faizal Mohd Yunus
Kebajikan : En. Edzuan b Mustafa
Pengelola : En. Sallehudin Hassan
Perlawanan

Pengurusan Pasukan

Pengurus merangkap Ketua Jurulatih
En. Mohd Saufi b Mohd Yusof

Penolong Pengurus
En. Mohd Khairul Azuan b Jasni

Penolong Jurulatih
En. Izwan b Ishak

Fisio
En. Mohd Faizal b Zainal Abidin
En. Nik Asrul Kamil Nik Badiuzzaman

Kitman
En. Mohd Saiful Anuar


JTFC Kembali Beraksi

Bangsar 19 Okt - Setelah sekian lama menyepi kini Jalan Timur FC telah kembali semula. Memulakan dengan pelawanan persahabatan menentang TNB Transmision memebariskan barisan-barisan baru antaranya Shahrol, Nazrol, Zary, Camang ( Azri ) dan beberapa pemain lain. Dengan adanya barisan baru ini menguatkan lagi pasukan JTFC.

Bermula garang di babak pertama JTFC mendahului dengan 2 - 0. Bersambung di babak kedua JTFC berjaya menyumbat gol ketiga dan seterusnya melenyapkan harapan pasukan lawan untuk menwaskan pasukan JTFC yang sebelum ini juga tewas.

Monday, January 18, 2010

Permulaan yang hambar

Bangsar, 12 Jan - Tahun 2010 bermula semula episod JTFC di Kelab Kilat, Bangsar. Setelah sekian lama tidak beraksi disini. Dengan pentadbiran baru oleh Jabatan harta menampakkan lebih mudah untuk mendapat kan padang. Kali ini JTFC turun menentang pasukan Majlis Daerah Gombak. Pasukan lawan hadir dengan menaiki bas dan pakaian yang seragam menampakkan pengurusan pasukan lebih teratur dan bersedia.

Tanpa kehadiran Tuan Taktikal kali ini pasukan di susun oleh Tuan Pengurus. Kehadiran penjaga gawang Boy, sedikit melegakan pasukan yang telah sekian lama tidak beraksi. Perlawanan bermula jam 6 ptg menampakkan pasukan lawan banyak mengasak kubu JTFC. Bahagian serangan JTFC juga nampak tumpul, yang tiada kesudahan menarik. Pasukan lawan berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke 20 perlawanan. Keputusan kekal sehingga separuh masa pertama
Pada separuh masa kedua JTFC membuat beberapa perubahan namun barisan pertahanan lawan nampak lebih kebal dan kental. Keputusan berakhir dengan JTFC tewas 1-0. Antara barisan pemain yang turun Boy, Hafez, Bahar, Matt, Ayen, Ezri, Aj, Tamrin, Shawal, Nik, Fidaus, Pie, Epul Hafiz, Epul Bahari, Wan remaco