Thursday, August 28, 2008

JTFC di Ambang kejatuhan.....

Harap tenang semua.....subject diatas hanya sekadar peringatan kepada kita semua agar lebih berhati-hati didalam mengatur perlawanan di masa hadapan. Persiapan dari segi pengurusan pemain, peralatan dan kelengkapan pasukan perlu diberi perhatian yang serius demi untuk melihat JTFC menjadi pasukan yang disegani dimasa hadapan....

Perlawanan menentang TNB Kepong 21 Ogos yang lalu dijangka menjadi medan melepaskan rindu sebelum pamain menggantungkan boot selama sebulan menjadi hampeh apabila hanya 6 orang pemain JTFC hadir di padang. Disaat pengadil meniup wisel memanggil pemain masuk dan tatkala pasukan lawan telah bersiap dengan 'warm-up' pasukan JTFC meraba-raba mencari pemain yang ada disekeliling padang. Mujur 2 orang pemain cilik berbangsa india umur dalam lingkungan 12 - 13 tahun telah menyelamatkan JTFC dengan persembahan pemainan yang mantap lantas mampu menggegarkan jaring gol lawan yang membawa JTFC mendahului dengan 1-0.

Ekoran penjaga gol JTFC 'bidan terjun' ketika itu hanya mampu bertahan 20 minit pertama apabila pasukan lawan berjaya menyamakan kedudukan dengan 1-1. Di pendekkan cerita...Pasukan lawan yang lebih konsisten telah mendahului dengan 2-1. Ketika perlawanan bebaki 1 minit pemain import JTFC seorang 'Fireman' dengan gaya 'bycycle kick' berjaya menyamakan kedudukan 2-2 yang sudah semestinya melegakan Pengurus pasukan yang berada diluar padang ketika itu.

Tahniah kepada player JTFC yang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah. Diharap agar pihak pengurusan JTFC lebih peka dan fokus dengan badai yang kini melanda JTFC.

Semoga berjumpa di Bulan hadapan...Selamat berpuasa , Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Friday, August 15, 2008

JTFC VS MITI...dikecewakan

Pada 14hb Ogos yang lalu kita sekali lagi dikecewakan apabila Team lawan ( MITI ) tidak kelihatan di Padang sehingga jam 6:30 pm. Semangat players yang turun dengan penuh azam didada untuk bermain dan menang punah sama sekali. Penjaga gol Muzz yang dari pejabat lagi telah Warm-up , manakala Nik yang baru baik dari kecederaan berharap dapat beraksi pada perlawanan kali ini punah sama sekali.Diharap pada perlawanan yang akan datang bersama TNB Kepong akan mengubat segala kedukaan dan kehampaan para pemain. Perlawanan bersama kepong minggu hadapan merupakan perlawanan penutup sebelum Bulan Puasa menjelang pada 1 Sept.


Kepada team opponent MITI harap dimasa hadapan lebih teliti dan serius didalam membuat temujanji. Sikap begini akan membuatkan player JTFC tidak menaruh kepercayaan kepada pihak pengurusan dan lantas akan bertelagah sesama sendiri hanya dek kerana kelemahan dipihak team lawan.Kepada team MITI kalau rasa takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.Kalau takut kalah jangan main bola pergi main guli lebih baik.......sekian

Saturday, August 9, 2008

Jom La Futsal Dalam Kenangan

Semalam kita menyaksikan Jom La Futsal melabuhkan tirainya.Kenangan yang begitu bermakna buat semua pemain yang terlibat. Dengan pertaruhan 3 pasukan yang terdiri daripada 2 pasukan lelaki terbuka dan 1 pasukan veteran TNBD Jln Timur pulang dengan tangan kosong. Walaubagaimanpun pujian harus diberikan kepada semua pemain yang telah bermain dengan penuh kesungguhan dan semangat juang yang tinggi.Pasukan East Road A hanya mempu beraksi dipusingan awal manakala East Road B berjaya melayakkan diri kepusingan ke-2.Mungkin rezeki belum menyebelahi kita.Di masa hadapan persiapan yang lebih rapi harus dibuat bagi memastikan pasukan kita betul-betul mantap.


Kejohanan yang kedua diadakan ini telah dirasmikan oleh CEO TNB sendiri iaitu Dato Sri Che Khalib Mohd Nor disebelah pagi.Manakala penyampain hadiah disempurnkan oleh Pengerusi TNB Dato Amar Leo Moggie disebelah petang.Pada penganjuran kali ini menyaksikan pasukan yang bertanding meningkat berbanding tahun lepas.Lelaki terbuka daripada 70 pasukan tahun lepas kepada 83 pasukan. Syabas kepada Jawatankuasa pengelola semoga kejohanan ini akan menjadi acara tahunan TNB. Jumpa anda di Jom La Futsal 2009

Sunday, August 3, 2008

Chelsea VS Malaysia


Pada 29 Julai 2008 yang lalu Bola Sepak Malaysia telah melakar satu lagi sejarah apabila pasukan ternama iaitu Chelsea berkunjung keNegara ini. Dengan keputusan kemenangan berpihak kepada Chelsea 2-0 tidak lah begitu mengaibkan bagi pasukan Malaysia.Ketangkasan penjaga gol Malaysia yang berjaya mengawal gawang gol dari dibolosi harus diberi pujian.



Harus diberi pujian juga kepada pemain tengah dan pertahanan Malaysia apabila berjaya mengekang pemain Chelsea dari mara ke pintu gol Malaysia.Namun barisan hadapan Malaysia agak mengecewakan apabila banyak peluang-peluang keemasan yang diperolehi tidak dapat disempurnakan dengan baik.Ketangkasan dan pengalaman penjaga gol Chelsea Peter Chec
ternyata menunjukkan beliau merupakan salah seorang penjaga gol terbaik.

Semoga pemain Malaysia mendapat banyak pengalaman dari perlawanan persahabatan ini dan seterusnya mengangkat martabat Bola Sepak Malaysia ketahap yang lebih tinggi.