Friday, December 26, 2008

Kenangan di Kuantan

Petaling Jaya, 22 Dis - Misi Jalan Timur Footbal Club (JTFC) dalam mengeratkan silaturrahim dengan pemain bolasepak TNBD Kuantan boleh dibanggakan apabila Lawatan dan Perlawanan Persahabatan JTFC ke Kuantan berjaya.

Semua pemain terlibat dan beberapa ahli keluarga telah mula berkumpul seawal jam 8.00 pagi di Wisma TNB Jalan Timur. Konvoi yang disertai oleh 6 buah kereta itu mula bertolak jam 8.30 pagi sebelum singgah untuk bersarapan di Hentian Rehat Genting Sempah, Pahang.Setelah tiba di Kuantan pada jam 3 petang, pemain dan ahli keluarga memilih Hotel Mega View, Kuantan sebagai tempat penginapan memandangkan lokasinya yang terletak di tengah Bandar Kuantan dan bersebelahan dengan Sungai Kuantan.

Perlawanan bolasepak dengan KILAT/TNBD Kuantan bermula pada hari 21 Disember 2008 (Ahad) jam 8.45 pagi.

Strategi JTFC menjadi apabila Satari menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-15 hasil hantaran leret oleh Ezri. Pasukan lawan tidak menunggu lama untuk gol pertama mereka apabila penyerang KILAT Kuantan berjaya melepasi pertahanan JTFC dan melepaskan rembatan deras ke arah pintu gol yang terbuka luas.

JTFC membalas gol dengan mengkucar-kacirkan pertahanan KILAT Kuantan hasil rembatan Ayen pada minit-minit akhir babak pertama.

Permulaan babak kedua memperlihatkan kecederaan Boy (penjaga gol JTFC) digunakan sepenuhnya oleh KILAT Kuantan dengan menjaringkan gol kedua mereka.

Satari sekali lagi menghukum kealpaan pertahanan KILAT Kuantan apabila menjaringkan gol ke3 JTFC setelah menewaskan penjaga gol KILAT Kuantan pada minit ke-65.

Gol ketiga KILAT Kuantan dijaringkan pada minit ke-70 menerusi hantaran silang dan ditanduk dengan kemas oleh penyerang KILAT Kuantan.

JTFC hampir menewaskan KILAT Kuantan tetapi gol Saiful tidak dikira kerana offside. Kedudukan 3-3 kekal sehingga tamat perlawanan.

JTFC menurunkan first eleven iaitu: Boy, Tami Rafael, Izwan, Shamsul, Nik, Ezri, AJ, Abg Shahril, Hanafiah, Satari dan Ayen. Simpanan Bahar, Saiful dan Amir.

- Faizalmy

No comments: