Wednesday, June 25, 2008

JTFC VS RTM

Bangsar, 24 Jun 2008Kelab Bola Sepak Jalan Timur (JTFC) hampir tewas ditangan RTM buat kali kedua apabila berjaya mengikat pasukan tersebut dengan jaringan 2 – 2 dalam perlawanan persahabatannya. Pasukan JTFC yang dibantu oleh bekas pemain kebangsaan Sarbageth Singh atau lebih dikenali Shebby, berjaya menjaringkan gol pertama hasil daripada jaringan oleh pemain sayap kiri ( Megat ) melalui rembatan kencang dari arah kiri pintu gol.Namun kedudukan tersebut tidak kekal lama apabila pihak lawan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil kesilapan barisan pertahanan. Sebelum perlawanan berhenti rehat pasukan lawan sekali lagi berjaya mendahului dengan 1 gol yang menjadikan kedudukan pihak lawan mendahului dengan 2-1 .



Semasa rehat Shebby telah memberi kata-kata semangat dan membetulkan kesilapan pasukan.Di separuh masa kedua pasukan JTFC menggandakan usaha dan berjaya mendahului pasukan lawan dengan jaringan gol kedua. Pada separuh masa kedua perlawanan nampak seimbang dan JTFC lebih tersusun.



Pasukan bergambar bersama Shebby sebagai kenangan

No comments: