Wednesday, June 25, 2008

JTFC VS SYABAS

Bangsar, 6 Mei 2008 – Kelab Bola Sepak Jalan Timur (JTFC) berjaya mengekalkan kemenangan kedua pada tahun ini dengan mengalahkan pasukan dari SYABAS dengan jaringan 4 – 1 dalam perlawanan persahabatannya.

Pasukan JTFC berjaya menjaringkan gol pertama hasil daripada jaringan oleh pemain penyerangnya tetapi pihak lawan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan sendiri oleh pemain pertahanan JTFC yang menanduk ke arah gol sendiri dan mengelirukan penjaga gol.

Selepas itu, pasukan JTFC mangandakan usaha dan berjaya mendahului pasukan lawan dengan jaringan gol kedua. Pasukan lawan berpeluang menyamakan kedudukan dengan mendapat sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan JTFC dalam kotak penalti dan pengadil perlawanan tidak teragak-agak memberi sepakan penalti kepada pasukan SYABAS tetapi sepakan itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol JTFC.

Selepas gagal dalam sepakan penalti, pasukan SYABAS melipatganda usaha mereka untuk merapatkan kedudukan tetapi pasukan JTFC berjaya mencuri peluang menjaringkan gol ketiga menjadikan kedudukan 3-1 selepas penyerang berjaya melepasi pertahanan pihak lawan.

Diakhir-akhir perlawanan, Pasukan JTFC berjaya menjaringkan gol keempat dan kedudukan kekal 4-1 hingga tamat perlawanan. Menurut pasukan lawan, punca kekalahan mereka adalah berpunca daripada kelewatan Pemain JTFC TNB yang datang lewat. “Diharap para pemain dapat hadir lebih awal sekiranya ada Friendly pada masa akan datang” kata Azwan.

Pada masa yang sama, pemain berharap baju baru (t-shirt) dapat diberi dalam terdekat ini memandangkan baju JTFC (Hitam) dah agak lusuh.

No comments: