Wednesday, June 25, 2008

JTFC VS KL-Pusat

Bangsar, 4 Mac 2008 – Pasukan Bola Sepak Jalan Timur (JTFC) berjaya mengekalkan kehebatnya dengan mencatat kemenangan untuk kali ke dua beturut-turut bagi tahun kedua pasukan ini ditubuhkan dengan mengalahkan pasukan Kelab Bolasepak KL-Pusat dengan jaringan 3 – 2 di Padang Bola Sepak Kelab Kilat disini.

Pelawanan yang menarik dipamerkan oleh kedua-dua pasukan dengan sering berbalas serangan. Pasukan KL Pusat berjaya mendahului pasukan JTCF dengan menjaringkan gol pertama. Pasukan JTFC tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Wan (REMACO) yang berjaya memperdaya penjaga gol KL Pusat. Sebelum tamat separuh masa pertama, Pasukan KL Pusat menjaya menjaringkan gol ke dua mereka hasil kesilapan pemain JTFC.

Pada separuh masa kedua, Pasukan JTFC mengandakan usaha bagi menyamakan kedudukan dengan membuat beberapa pertukaran pemain. Hasilnya pasukan JTFC berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Wan (REMACO) dan gol kemenangan melalui Hafiz @ Boy (TNB Subang) yang merembat kencang ke arah pintu gol pasukan KL Pusat.

Pada Perlawanan pertama musin 2008, pasukan ini berjaya menewaskan pasukan mantap yang memiliki pengurusan yang terbaik dan kewangan yang kukuh iaitu Group Finance Football Club (GFFC) dengan jaringan 4 – 0 pada 26 Januari 2008 lalu.

JTFC juga akan bermain di luar lembah klang. Jangkaan pada 22 Mac 2008, pasukan ini dijangka akan menentang pasukan Kelab Kilab Ipoh

No comments: